Penglibatan dalam Akademi Fantasia Lotter_P.Edwin_Edin

Lotter diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau telahpun tersingkir ketika konsert ketujuh walau bagaimanapun kembali bersama dengan 8 bekas pelajar yang tersingkir untuk berentap di konsert kesembilan atau dikenali sebagai konsert AFMASUK untuk merebut satu lagi kekosongan untuk berada di peringkat akhir.

Beliau berjaya memperoleh undian yang tertinggi setelah undiannya bersaing hebat dengan Rich lalu diserap semula untuk mara ke peringkat akhir bagi musim keempat bersama Faizal, Farhan, Haziq, dan Velvet. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi naib juara Akademi Fantasia musim ke-4 pada Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Prelude : Sunday Morning - nyanyian asal oleh Maroon 5
  • Konsert Pertama : Azizah - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Ibu Kota Cinta - nyanyian asal oleh Def Gab C
  • Konsert Ketiga : Iris - nyanyian asal oleh Awie
  • Konsert Keempat : Bertemasya Desa Gemalai - nyanyian asal oleh Ramli Sarip
  • Konsert Kelima : Bila April - nyanyian asal oleh Fazley
  • Konsert Keenam : Da Bomb - nyanyian asal oleh Ruffedge
  • Konsert Ketujuh : Chow Kit Road - nyanyian asal oleh Sudirman Hj Arshad
  • Konsert Kesembilan : Pria Terhebat - nyanyian asal oleh Sheila On 7
  • Konsert Akhir : In The End - nyanyian asal oleh Linkin` Park
  • Konsert Akhir : Yang Berlalu... Tak Berulang - ciptaan oleh Nerves (Pretty Ugly) dan lirik oleh Loloq